Selamatkan keluarga anda dari terus menjadi mangsa ROGOL, RAGUT, CULIK, BUNUH, ROMPAK. Atau mungkin IBU, AYAH, ISTERI, SUAMI, ANAK, ADIK, ABANG menjadi mangsa seterusnya ini kerana KELEMAHAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL memerintah.. FIKIR-FIKIRKANLAH.. Anda Mampu Mengubahnya. UNDILAH Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP)

Jenayah meningkat, Malaysia sukar capai taraf negara maju

| Tuesday 1 March 2011
Intan Abdullah   
Peningkatan kadar jenayah dari setahun ke setahun membimbangkan malah jika dilihat dalam laporan-laporan media tempatan setiap hari ada sahaja kes jenayah besar atau kecil dipaparkan mengakibatkan rakyat hari ini berasa kurang selesa dengan keadaan yang ada.

Dari jenayah kecil hinggalah kepada jenayah yang membabitkan golongan berprofil tinggi, malah laporan-laporan kes jenayah seakan sudah menjadi rutin harian kepada media.

Peningkatan kadar jenayah ini dibimbangi akan merencatkan Visi Global Malaysia dalam memacu misi menjadi negara maju pada tahun 2020, kata M.Kulasegaran, (DAP-Ipoh Barat) dalam soalan tambahannya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang mencelah bangun selepas soalan asal diajukan oleh Tan Sri Law Hien Ding (BN-Sarikei) berhubung apakah visi global Malaysia dalam mencapai tahap negara maju mahu kerajaan menyelesaikan isu tersebut dengan sebaik mungkin.

Menurut Kulasegaran, kadar jenaya di negara ini dilihat meningkat sejak tahun 2005 dengan bilangan kes sejumlah 198,017 14 peratus kepada tahun 2006 iaitu sejumlah 225,836 kes, katanya.

Beliau turut mencadangkan agar diwujudkan satu sistem bagi memantau secara serius bagi mengatasi masalah jenayah yang kian menular ini dengan penglibatan jentera seperti RELA, Rukun Tetangga, Polis dan pihak berkuasa lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Joseph Entulu Anak Belaun menafikan bahawa kerajaan tidak mengambil berat tentang isu peningkatan jenayah tersebut.

Kata beliau, kerajaan sedang dalam usaha bertindak secara bersepadu dengan menggerakkan jentera polis, RELA dan Rukutetangga bagi menangani permasalahan ini./wann.

sumber: http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=6900:jenayah-meningkat-malaysia-sukar-capai-taraf-negara-maju&catid=1:utama&Itemid=50

Jenayah rogol dan penyelesaiannya

|
http://episodeperjuangan.blogspot.com/   
1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.

3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .

4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .

5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]

6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .

7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .

8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .

9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .

10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

sumber: http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27920:jenayah-rogol-dan-penyelesaiannya&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

|
Harakahdaily   
SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.

(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)

Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.

Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.

 “Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.

“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26466:keluarga-sedih-mangsa-ditembak-polis-tiada-rekod-jenayah&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

|
Anak Manjong   
Salam Sejahtera,


Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.


Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.


Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.


Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut. 


Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,


Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.


Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.


Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.


sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23667:-kes-ragut-sudah-tiba-masanya-hukum-hudud-dilaksanakan&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Selagi BN berkuasa, jenayah makin bertambah

|

TELUK INTAN, 24 Mac: Kejadian pembunuhan di negara ini semakin menjadi-jadi, nyawa manusia seolah-olah tidak bernilai, inilah yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia sejak BN berkuasa lebih 50 tahun lalu.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup rakyat negara ini tidak terjamin keselamatannya. 

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ketika melawat keluarga mendiang Siva di kediaman mereka di Taman Mawar, Langkap semalam. (Gambar kanan)

Menurutnya, Umno/BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat negara ini daripada sebarang bentuk jenayah, sudah lebih 50 tahun BN berkuasa, jenayah kian bertambah dari hari ke hari.

Oleh itu, rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini agar keselamatan mereka terjamin.

Sementara itu balu mendiang Siva, Puan Kala @ Papa a/p Kandasamy melahirkan rasa amat bangga apabila tiga hari lalu beliau telah dikunjungi Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak menyangka Tuan Guru akan hadir. Selama ini saya hanya melihat wajahnya di dalam suratkhabar atau di televisyen tetapi hari itu saya dapat bersua muka dan bercakap dengan Tuan Guru," kata beliau.

Pada pertemun itu, Muslimat PAS Pusat telah menyampaian sumbangan kepada Puan Kala.

Sebelum itu, rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak di pejabat dewan itu. (Gambar kiri)

Di dalam pertemuan tersebut, Dr Halimah Ali memuji DHPP Pasir Salak yang telah mempunyai pejabat sendiri. 

“PAS menghormati DHPP walaupun mereka berbeza, inilah yang Umno/BN tidak  mahu lihat kerana dakyah BN kononnya PAS parti yang pelampau ternyata satu pembohongan dari BN," katanya. 


sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25677:selagi-bn-berkuasa-jenayah-makin-bertambah&catid=1:utama&Itemid=50